Jangan mudah melafazkan CINTA... jika diri belum pasti adakah benar2 telah jatuh CINTA...
Jangan berCINTA kerana nafsu mengingininya... sedangkan HATI belum yakin dengannya...
Sebaik-baiknya berCINTAlah pabila hati dan jiwa sedia menerimanya dengan sepenuh keikhlasan...
Nescaya CINTA itu akan kekal buat selama-lamanya...
KASIHNYA TUHAN KEPADA WANITA
"Kasihnya Tuhan kepada wanita"itulah kata2 yang paling mudah untuk menggambarkan layanan istimewa terhadap wanita dalam islam.Sesungguhnya,tidak ada mana2 ajaran,ideologi atau agama lain yang dapat melayan wanita dengan begitu baik seperti mana Islam.
Namun ramai wanita yang tidak memahami hal ini.Mereka cukup takut dan gerun dengan kesemua amalan atau larangan yang dianggap sangat menindas wanita.Walhal kalau dikaji setiap satu amalan atau larangan itu mudah saja untuk melihat hikmah dan kebaikan kepada kaum wanita itu sendiri.
Allah sebenarnya sangat kasih dan memuliakan kaum wanita.Segala suruhan dan larangan yang Allah kenakan keatas kaum wanita tidak lain dan tidak bukan ialah untuk memastikan keselamatan dirinya dan masyarakat dan sekali-kali bukan untuk menyusahkan mereka.
umi:terima kasih kepada Kelab Dinamis yang menyediakan info ini.Ingatlah,ALLAH memerintahkan kaum wanita untuk menutup aurat dengan sebaik-baiknya adalah untuk kebaikan kaum wanita supaya dapat memelihara dan menjaga kehormatan diri dan dapat mengelakkan dari fitnah..
*seorang yang simple je kot
*minat giler ngan lagu nasyid
*suka sangat nyanyi bila rasa bosan
(walaupun suara x best sgt..hehehe)
*bile free je,baca novel r..
*pemalu ckit orgnye,tpi klu da knal,peramah kot..
Seorang usahawan yang berjaya yang tidak suka banyak bercakap telah ditemuduga mengenai pencapaian dan kejayaannya..
pemberita:"bolehkah tuan jelaskan bagaimana tuan dapat mengecapi kejayaan seperti ini?"
usahawan:"two words."
pemberita:"apakah two words itu?"
usahawan:"right decisions."
pemberita:"tapi tentu tuan boleh jelaskan lagi bagaimana tuan sentiasa membuat keputusan yang tepat?"
usahawan:"one word..experience."
pemberita:"pengalaman tentu melibatkan perkara-perkara yang hebat hingga membentuk tuan seperti ini. bagaimanakah tuan mendapat pengalaman sedemikian?"
usahawan:"two words."
pemberita:"apakah two words itu?"
usahawan:"wrong decisions."
p/s: dalam hidup ini x perlu sangat bercakap banyak, tapi yang perlu ialah banyak bertindak. pengalaman dalam pelbagai perancangan dan tindakan akan membantu menambahkan lagi prestasi kemahiran dan pelaksanaan kerja seterusnya.
:-La Tahzan-:
bila kau letih dan hilang semangat.. ALLAH tahu betapa kau telah cuba sedaya upayamu.. bila tangismu berpanjangan dan hatimu kedukaan.. ALLAH telah mengira titisan air matamu.. bila kau rasa ketinggalan dan masa pula meninggalkan mu.. ALLAH sentiasa setia disisi mu.. bila kau telah mencuba segalanya... tapi tidak tahu tujuan.. ALLAH ada penyelesaian.. bila kau merasai semuanya tidak beerti buatmu,keliru dan kecewa.. INGATLAH.. ALLAH ADALAH JAWAPANYA..
:::DOA SEORANG KEKASIH:::
Ya Allah... jika aku jatuh cinta cintakanlah aku pada seseorang yg melabuhkan cintanya pada-Mu agar bertambah kekuatanku untuk menyintai-Mu
Ya Muhaimin... jika aku jatuh hati izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut pada-Mu agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu
Ya Rabbana... jika aku jatuh hati jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling daripada hati-Mu
Ya Rabbul Izzati... jika aku rindu rindukanlah aku pada seseorang yang merindui syahid di jalan-Mu
Ya Allah... jika aku menikmati cinta kekasih-Mu janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu
Ya Allah... jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru manusia kepada-Mu
Ya Allah... jika kau halalkan aku merindui kekasih-Mu jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu yang abadi hanya kepada-Mu
Amin....
-->TAUBAT SEORANG HAMBA<--
Hati hiba mengenangkan Dosa-dosa yang ku lakukan Oh Tuhan maha kuasa Terima taubat hamba berdosa
Kuakui kelemahan diri Kuinsafi kekurangan ini Kukesali kejahilan ini Terimalah taubatku ini
Telah aku merasakan Derita jiwa dan perasaan Kerna hilang dari jalan Menuju redhamu Ya Tuhan
Dihamparan ini.... Ku meminta.... Moga taubatku diterima....
No comments:
Post a Comment